Monday, December 28, 2009

Owh Dunia..

Salam ukhuwah dariku isey..ape pendapat anda semua pasal takrif kehidupan di dunia?adakah ia baik?buruk?...sy pon keliru…tp ade orang cakap klu pilih kehidupan dunia nanti menyesal pulak…poning2 palo den…jadi aku adew terbaca satu risalah ni dan sy tertarik plak dgan pnerangan yg diberi soal kehidupan didunia..’Dunia adalah pinjaman dari Allah untuk hamba2nya’..kata2 inilah yg membuat sy tertarik gila..jadi pada sy betollah dunia ini dikatakan hanya pinjaman..dimana kita sebagai hamba2Nya patut memfokuskan tujuan sebenar kita iaitu untuk beribadah kepadaNya..Allah sengaja memberi kita peluang seluas2nya untuk kita menggunakan kehidupan didunia ini sebagai jalan memilih kehidupan akan datang samada baik(syurga) atau buruk(neraka)..kita sedia maklum bahawa jika kita ditimpa kesusahan didunia pasti ada jalan penyelesaian berbeza dengan akhirat dimana kita perlu bersedia dgan bekalan2 pahala yg akan menjadi kayu ukur untuk bahagia disana..tapi adakah kita semua yakin ibadah2 kita sebelum ini diterima?pada sy keberkatan itu penting untuk tahu samada ibadah kita diterima tak sblum ini..antara ciri2 mendapat keberkatan(sentiasa bertambah,tenang,kekal).jadi inilah antara ciri2 yg mnunjukkan ibadah kita mendapat keberkatan atau tak..bg sy x ada guna kalau kita melakukan ibadah tp tak bertambah2 dan hati pon tak tenang..mesti ada silap dalam pelaksanaan ibadah kita tu.. smuanya adalah hak Allah untuk menentukan kehidupan kita semua di akhirat kelak..tetapi tak bermaksud kita terus serahkan semuanya sedangkan kita sendiri tahu tahap ibadah kita setakat mana..’sesungguhnya Allah melihat kepada usaha kita,makin susah maka makin lekatlah dalam diri’..kita semua kena tahu apa tujuan kita hidup didunia ini..adakah hanya untuk berseronok?beribadah?jadi kita semua kena pandai2 memilih mana yg terbaik untuk kita menghadapi akhirat nanti..pada sy kita tak boleh cepat mengeluh kerana ia menampakkan kelemahan iman kita yg x dapat menerima ketentuanNya..kita semua tahu bahawa manusia mempunyai tahap keimanan yg menurun dan menaik berbeza dengan malaikat..kesedaran diri masing2 amat penting sekali supaya tidak sia2kan anugerah hidup didunia ini pada perkara yg bisa membinasakan kita di akhirat nanti..potensi kita sendiri yang berupaya untuk mencorakkan diri masing2 samada berada dalam golongan yg berjaya atau gagal..selagi hadaf kita kerana Allah,maka hidup kita mesti bersungguh2..percayalah janji Allah itu pasti..sama2 kita mencari kemanisan hidup itu samada didunia mahupun diakhirat..sekian