Tuesday, February 15, 2011

bersama Dato' MB n Exco2 Kerajaan Negeri Selangor

salam satu malaysia!!pergh..bukan ape cuma terkesan lak ngan banner2 n poster2 yg terpang2 hampir kat setiap busstop kat KL ni masa time aku balik tadi..huh..sempat jugak aku pusing BB n KL..bersemangat sungguh..:).ok2 sebenarnya malam tadi baru selesai perjumpaan dengan YB Dato' MB SELANGOR ngan exco kerajaan negeri bersama student2 mesir serta ibubapa..majlis berlangsung bermula 6 ptg(15 feb) sehingga lebih kurang jam 10.30 malam..bertempat di Dewan Jubli Perak,bangunan SUK SELANGOR..memang ramai tetamu2 yg hadir..sendat jgak kawasan perkarangan parking kat situ..huhu..kerjasama yang diberikan amat dipuji oleh barisan exco2 kerajaan negeri..bayangkan anggaran yg akan hadir cuma 6 hingga 8 ratus tapi yg hadir mlm tadi dekat seribu lebih jugak..tahniah dan syabas diucapkan pada pihak penganjur yang hebat2..disamping itu,banyak input2 yg dapat diperolehi terutamanya perihal pelajar2 yg study di mesir..student semua tengah bingung sampai bila akan bercuti di malaysia n bila akan dihantar pulang semula ke mesir..ada ura2 yg cakap University kat mesir akan buka dalam seminggu lagi..tp adakah status 'aman' tuh da terpacak di mesir??rata2 ibubapa bimbang akan keselamatan anak2 mereka yg study kat sana..tapi semuanya terkawal n tenang bilamana diberi kata2 semangat oleh barisan exco kerajaan negeri bahawa kerajaan negeri juga mengambil penting isu keselamatan ini..so exco cakap kebimbangan kita sama2 dirasai n menjadi tanggungjawab exco dalam menjaga student2 terutamanya anak2 selangor..dalam majlis tu jugak banyak isu2 semasa yg disampaikan..termasuklah statistik terbaru menunjukkan kadar jenayah di selangor adalah yang terendah berbanding negeri2 lain..wah..Alhamdulillah..moga2 segala yg diusahakan mendapat redha dariNya n harapan agar menjadi lebih baik supaya dapat jadi negeri contoh di malaysia ini..time majlis tuh jugak persoalan pasal cuti sampai bila tu masih tak dapat dipastikan n kerajaan masih lg berbincang dengan pihak kerajaan sementara mesir..jadi sama2 kita tunggu ye bg student2 mesir..insyAllah kita akan teruskan pencarian ilmu dibumi mesir..so jgan sia2 kan cuti yang ada ni..emm..setakat tu untuk kali ini..majukanlah diri demi kepentingan kita bersama..wassalam..(>_<)

Monday, February 14, 2011

mesir(cairo)..jeddah..KLIA(malaysia)

assalamualaikum semua..hah!!..lama betol rasanya tak update blog..maklumlah semenjak krisis kat mesir tuh memang haru biru jew..darurat la apa la last2 kena balik mesia..bayangkan siang cari makanan n malam kena berkurung kat umah..haha..tension2..tunggu punya tunggu,Alhamdulillah sampai jgak aku kat tanah air tercinta..tepat jam 4.45 pg 13/feb(ahad) aku sampai kat KLIA naik flight MAS dari jeddah..sebelum tuh aku naik pesawat tentera CHARLIE dari cairo ke jeddah..memang macam2 pengalaman aku dapat..rasa cam jd tentera pun ada..haha..lgpun bukannya selalu dapat rasa n tak semua berpeluang..memang agak tak selesa nak dibandingkan dgn MAS tp okla..sampai jgak walaupun lambat..nak dijadikan cerita kat dalam charlie tu ktorang sume kene dok rapat..bayangkan sampai boleh sumbat 200 org dalam satu trip..huish..hebat2 semua..memang excellent..tak sangka betol dapat naik charlie..haha..tapi kat dalam tuh memang sendat la dengan bunyi yg bising..pergh..memang x leh nak tito..dekat 3 jam lebih jgak la kat dalam tuh..hemm..lau nak cerita semua memang banyak sgt..so lepas sampai jeddah aku n kwan2 kena berkampung kat kompleks tabung haji..dekat seminggu gak duk situ sampaila turn aku tuk balik mesia..haha..memang mengeluh jgak sb lama sgt duk situ..tp penempatan semua ok n makanan pon cukup..time duk situ memang da rasa cam kat mesia..ramai gila..dalam 10 ribu jgak la student yg berkampung kat situ..pastu sikit2 dihantar pulang..separuh naik MAS n separuh naik SAUDI AIRLINES..memang best n penuh ngan pengalaman2 baru..lau nak tau cerita2 lain jom chat ngan aku..haha..insyAllah aku akan kembali aktif di arena blogger..haha..papepon time kasih banyak2 pada semua yg terlibat..so setakat tuh la dulu..moga cuti ktorang kat mesia ni tak lama..harap2 mesir cepat2 aman..leh sambung belajar balik..^_^..ok la sehingga bertemu lagi..sekian..(>_<)..