Friday, November 13, 2009

cahaya ilmu

Assalamualaikum..jumpa lagi kita dalam ruangan blog ini..insyaAllah kali ini ingin saya berkongsi pandangan tentang ‘sudahkah kita bersedia’..saya lebih mengkhususkan tajuk ini dalam menuntut ilmu terutama dalam ilmu2 agama..sebagaimana yg kita semua tahu agama islam menuntut umatnya untuk menuntut ilmu seperti sabda nabi s.a.w. maksudnya: (menuntut ilmu adalah fardu bg setiap umat islam)..adalah wajib kepada kita(muslim) untuk menuntut ilmu bagi mengislahkan umat islam sendiri kearah yg lebih baik..amat perlu dalam zaman sekarang ini golongan orang yg menuntut dan mencintai ilmu..ilmu2 yg dipelajari pula perlulah yg mampu untuk memberi manfaat kepada nafsi dan orang2 lain..tanpa ilmu siapalah kita..bagi saya,kita perlu berhasad dalam perkara ilmu ini..tetapi perlulah kearah niat kerna Allah semata2 supaya ilmu yg dipelajari sentiasa dibawah redhaNya..niat ini adalah perkara yg sangat penting dalam setiap perkara lagi2 dalam menuntut ilmu..firman Allah s.w.t:

وما كان المؤمنون لينفروا كافة فلولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا اليهم لعلهم يحذرون
(لتوبة 122)
Maksudnya: Tidak sepatutnya bagi orang2 yang beriman itu pergi semuanya ke medan perang.Mengapa tidak pergi tiap2 golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila telah kembali kelak,supaya mereka itu dapat menjaga dirinya(At-Taubah 122)
Jadi sama2lah kita tingkatkan pengetahuan kita dengan memperbanyakkan pencarian ilmu yang bermanfaat supaya jalan ke syurga kita terbuka lebih luas..seperti sabda nabi s.a.w. (sesiapa yg menuntut ilmu,Allah akan membuka jalan ke syurga,malaikat mennaungi sayapnya kerana redha,semua makhluk di langit dan bumi mendoakan dosa orang yg berilmu dihapuskan…الا اخر)Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,dan cahaya tidak akan datang kepada orang2 yg membuat maksiat..akhir kalam,marilah kita korepsi diri kita bersama supaya akan menjadi lebih baik dari hari ini insyaAllah..wallahu’alam..

Thursday, November 12, 2009

keburukan menutupi kebaikan??


salam......
kali ini kita bertemu lagi tapi dalam tajuk diskusi yg berbeda..sebelum saya memulakan penulisan,eloklah sama2 kita mensyukuri nikmat hidup yang telah diberikan oleh Allah s.b.t.
InsyaAllah disini saya ingin berkongsi bersama sahabat2 tentang 'memandang hina terhadap seseorang' ataupun dikenali dengan memilih kawan berdasarkan zahirnya...secara amnya,saya dapat melihat masyarakat di malaysia lebih memandang rendah terhadap seseorang yg melanjutkan pengajian dalam bidang agama..mengapa??saya sendiri tercari2 apakah jawapan yg sesuai bagi persolan ini...emmm..pening jugak bila dipikirkan,padahal itulah yg terbaik disisi Allah dan rasul insyaAllah..saya tahu mesti ada dikalangan sahabat2 yg mungkin tidak mengambil tahu dalam hal ini tapi itulah realitinya yg berlaku pada akhir zaman ini..cubalah kita sama2 muhasabah dalam diri kita,mungkin jawapan ada pada diri masing2..sekarang saya terus masuk kepada agenda sebenar saya..didalam keserabutan masyarakat memandang rendah kepada penuntut ilmu agama ini,kita tidak tahu bahawa dalam kalangan kita(penuntut ilmu agama)sendiri masih berlaku perkara yg tak sepatutnya..kita mungkin tidak tahu mungkin disebabkan perkara2 inilah kita akan berpecah..mengapa perlu kita memilih bila nak berdakwah?dan kenapa mesti hanya kerana satu sifat kurang baik pada jasmaninya(zahir)kita terus meminggirkannya?inikah uslub kita sebagai penuntut ilmu agama untuk berdakwah?ingin sy berkongsi dengan sahabat2 tentang satu sabda nabi s.a.w..maksudnya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu,
tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian."
(Riwayat Muslim)
jadi disini jelas bahawa kita sebagai hamba yang lemah tidak ada kuasa mahupun hak untuk mengatakan seseorang itu buruk sifatnya hanya kerana kekurangan pada zahirnya..sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari hambaNya yg lemah ini atas segala macam perkara..jadi sama2lah kita repair diri kita masing2 terutama dalam memilih mad'u..sesungguhnya dakwah itu sangat dituntut disisi islam..pendapat ini mungkin kurang diterima oleh sahabat2 tapi sekadar inilah yg mampu saya memberi pandangan...insyaAllah islam akan lebih utuh bersama umat2nya yg gagah dan benar...wallahu'alam..

Wednesday, November 11, 2009

Rasul s.a.w menangis,umat masa kini

Assalamualikum pada sume sahabat2..buat masa ini saya ingin berkongsi bersama semua tentang tujuk seperti yg tertulis.....sidang blogger sekalian,secara wadihnya kita ini adalah umat akhir zaman yang mana terletak diatas bahu kita amanah yg besar iaitu sebagai umat nabi muhamad s.a.w untuk mempertahankan agama yg benar disisi Allah(islam)..saya lebih mengkhususkan posting ini pada golongan muda-mudi yg mana mewarisi taklifan sebagai penyebaran agama islam...Mengapa rasul s.a.w menangis??saya hendak kita semua lihat bagaimana keadaan generasi muda-mudi sekarang yg mana memenuhi lebih separuh dari pnduduk dunia...dimana sensitivity yg perlu bg golongan syabab ini hilang??jadi kita perlu lihat,walaupun ramai orang berkata "suara pemuda adalah kuat" tapi jganlah hanya semangat berkata2 sahaja...cuba sahabat2 bayangkan bagaimana kalau ahli keluarga sahabat2 sendiri yg dihina,dicerca,dipijak,diseksa dan sebagainya...adakah hanya berpeluk tubuh??saya yakin sahabat2 semua ada jawapan sendiri...
persoalannya tidakkah rasul s.a.w menangis melihat umatnya pada zaman ini terutama golongan shabab yg jauh dari amanahnya??tidakkah sahabat2 sedih??sahabat2 pun dapat bayangkan dimana perginya golongan2 ini...adakah tempat2 mereka hanya kelab2?hotel2?....pasti kita semua tidak sanggup menanggung kesalahan...ingatlah sahabat2 semua...sesungguhnya islam diatas bahu kita..sama2lah kita bina kekuatan demi kejayaan islam...percayalah bahawa janji Allah adalah sangat pasti....ruangkanlah sedikit masa kita untuk memikirkan tentang umat kita...sabda nabi s.a.w "Barangsiapa bangun pagi dan langsung tidak memikirkan hal2 umatku(islam),maka mereka bukan dari umatku(islam)...setakat itu dulu buat setakat ini...salam ukhuwah untuk semua..wallahu'alam..