Thursday, November 11, 2010

...taklifan yang manis...(^_^)

salam..baru-baru ni aku n beberapa kawan aku diberi taklifan untuk buat lagu baru dalam mase kurang 3 hari..memang pening jgak mula-mula..tapi berkat kerjasama bersama tuh Alhamdulillah berjaya ditamamkan..dan lagu tu jgak sudah pon dipersembahkan di khalayak ramai sempena program motivasi 'Misi Mumtaz Imtihan 10'..lirik lagu hasil sumbangan seorang kawan yang begitu berbakat..:)

terima kasih kepada semua yang terlibat..ini aku sediakan video trial mase mula-mula siap lagu..lagu ini diberi tajuk Bersama bersatu..


video


marilah bersama bersatu
kuatkan wadah perjuangan
marilah bersama bersatu
teguhkan taqwa iman

jangan berundur jangan goyah
selagi tidak berada dipuncak kejayaan
jangan berundur jangan goyah
ingatlah Allah penentu segalanya


ini antara rangkap yang aku suka..harap sahabat-sahabat semua dapat ambil cakna apa yang cube disampaikan melalui lagu ini..nway selamat mendengar dan menghayati ye..:)

umiku sayang


umiku..
saat aku pulang,kau menanti dipintu dengan linangan air mata bahgia
saat aku pergi,kau mengiringiku dengan penuh harapan yang setia

umiku..

kau mengandungkanku diantara tulang-tulangmu pada detik yang penuh penat dan lelah
kau melahirkanku dalam penuh saat yang perih
lalu kau mendakapku dengan kehangatan pelukan kasih sayang

umiku..

kau tidak tidur kecuali setelah diriku lena
kau tidak tidak tenang kecuali setelah melihatku bahagia

umiku..

jika aku tersenyum dirimu tertawa tanpa kau tahu sebabnya
jika aku sedih dirimu menangis mengharapkan diriku kembali ceria

umiku..

semoga aku mampu mencuci kedua kakimu dengan air mata kesetiaan
semoga kematian melewatimu agar aku sempat memberimu segulung kejayaan
semoga kesengsaraan yang menghampirimu tertahwil semuanya pada jasadku
agar dapat aku membalas segala kasih sayangmu yang tidak ternilai bagiku..

sayang umi..(^_^)

indahnya bersahabat..



assalamualaikum..manusia adalah makhluk yang kita tak boleh jangka akan perbuatannya..sekejap baik n sekejap buruk..kita sering diuji dengan pelbagai cabaran yang mungkin kadang-kadang membuatkan diri kita tensen,rimas,benci,malas,geram n sebagainya..iman kita pula bergantung pada amalan kita samada menaik atau menurun.."Allah menjadikan manusia dan jin ini tuk beribadah pada Allah"..ia sudah jelas menunjukkan apa sebenarnya tugas kita di muka bumi ini..haish..panjang pulak intro..cam nak nasyid plak..hehe:)
jadi..disebalik semula ini,ada satu sifat yang memang sering kita jumpa of coz la 'lupa'..aku teringat dulu ada kawan aku yang digelemakan dgn name 'king' sebabnya dia asik lupa sampai kawan-kawan panggil camtu..emm..apa yang penting kat sini ialah kita memang tak akan lari dari sifat lupa ini..sifat ni amatlah bahaya lagi-lagi kalau sampai lupa tugas utama kita untuk beribadah padaNYa di dunia ini..rasanya sudah banyak cerita atau kisah yang dah didengar berkaitan dengan benda ni..jadi terus go on..
SAHABAT..makna sahabat cukup luas lau nak dibincangkan..cuma apa yang nak dikongsikan kat sini ialah sahabat macam mana yg kita ingin jadi..bergantung pada diri masing-masing..adakah sahabat yang membawa pada kebaikan??atau sebaliknya..alangkah indahnya kalau mempunyai sahabat yang sentiasa ingatkan kita tuk beribadah pada Allah..rugi ke kalau ajak pada kebaikan??Allah sendiri sudah menjanjikan ganjaran pada setiap amalan kebaikan..contohnya solat berjemaah..jadi kenapa susah sangat sampai kita makin hari makin lalai..haa..itulah gunanya sahabat..jangan asik cakap je setiap muslim itu bersaudara tapi tak ambil berat pon..lau btol bersaudara konpem amik berat..betol tak??:)..kita pon kena tau tidak Allah jadikan benda atas dunia ini sia-sia..dan setiap yang berlaku pasti ade hikmah disebaliknya..cukup indah jika mempunyai sahabat yang tak penah jemu mengajak kita wat kebaikan..Allah3..sejuk betul hati lau dapat..so tuk dapat sahabat yg camtu kita pon kenala jadi cmtu juga..insyAllah..mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan mereka-mereka yang beruntung..beramallah dengan kebaikan demi keselesaan yang berpanjangan..oh sahabat..