Sunday, December 18, 2011

panglima bajet power!!

apalah punya panglima..cakap nak ludah la bagai..aku rasa cam meluat je..shittt!!cara bercakap macam dia lah paling ganas atas muka bumi ini..mahasiswa pon ada hak..

setakat turunkan gambar tu apalah sangat..kalau org hina islam tak ada pulak nak ngamuk ludah ke apa..hahahaha..nak tergelak je aku tengok video bangang tu!!seriously its show up who exactly you're!!!..haha..

jangan sampai ko pulak yang kena ludah kat atas nanti sudah lah..cuba hayati sikit islam dalam diri tu..haish..sabor jela..ingat bahawa tiada yang lagi berkuasa selainNya..^__^

Masalah Jangan Dicari

salam semua..permulaan yang baik memang sering kita idamkan pada setiap hari yang baru..namun tidak semua yang diharap akan berjalan mudah tanpa ada sebarang halangan..tapi tidaklah namanya 'alhayah' kalau semuanya mudah..perlu kita ingat segala yang kita miliki hanyalah pinjaman termasuklah nikmat hidup..masalah memang tidak akan lari tapi janganlah cepat sangat cabul mulut mengatakan yang bukan2..sebab ia hanya akan menampakkan kelemahan pada diri sendiri..hari ini aku memang lemah tapi bukan bermakna akan kekal dalam lemah untuk selamanya..

kejayaan memang senang nak disebut tapi adakah semudah itu dalam bentuk perbuatan??selalu aku dengar orang cakap hari ini hari aku,hari esok hari kau..padahal hakikatnya hari ini,esok atau selamanya adalah hari Allah dan Dialah pemilik segala macam benda..dunia sekarang ini memang banyak buatkan aku bingung disebabkan penghuni2nya..yang buat baik terpaksa sorok2..yang buat tak baik dengan selamba tunjuk2 seolah2 yang tak baik itulah yang baik..Allahurabbi..itulah lumrah dunia sekarang..sampaikan nak solat pon kena minta izin padahal itu kewajipan..janganlah sampai kita menjadi hamba kepada dunia kerana semua itu adalah sia2 belaka..aku sangat bersyukur kerana masih lagi diberi kesedaran sebagai peminjam segala nikmat..dengan harapan pada semua semoga kita bukan dalam golongan yang sengaja mencari masalah sedangkan belum tentu kita mampu nak menghadapinya..

fastabikulkhairat..~__~

Saturday, September 10, 2011

duwet!!

assalamualaikum semua..sekian lama nampaknya aku tak update blog nie..mklumla manusia ni kan ada masanya akan malas..haha..itulah aku..still tak ada nak story la but aku cam tak bape nak puas hati sangat la raya tahun nie..sebab tak dapat collect duwet seperti yang diharapkan..haha..

maklumla dah besar ni kan..salah aku jugak sebab tak buat muka budak2 mase salam tuh..lau tak mesti dapat kan..huhu..lagipun aku happy dapat jumpa saudara-mara,kawan2,cikgu2 n lain2..

sekian lama tak beraye di tanah air la katakan..dapat temu muka pon dah seronok..ok la..setakat ni dulu..selamat hari raya semua!!maaf zahir dan batin...jangan lupa puasa 6 tau bg yang berkesempatan..lain kali kite jumpa lagi..wassalam..(^_^)

Sunday, June 12, 2011

idea..idea..datanglah!!



Boom..boom..kebaboom!!haha..assalamualaikum..selamat masuk ke bulan haram iaitu bulan rejab..biarpon dah lambat tapi aku nak ucap jugak..huhu..act aku tak tahu nak update apa dalam blog aku ni..orang2 asyik tanya je nape tak update..jawapan yang aku boleh bagi ialah ‘tak ada idea’..so bagilah aku idea..idea..idea..haha!!hemm..aku ni bukannya apa..kadang2 ada je idea tuh cuma malas je..

lagipun sekarang ni musim aku final exam untuk 2nd year..hope aku boleh buat yang sehabis baik dan result pon up dari 1st year insyAllah..apa yang aku boleh cakap kat sini tengs la pada yang menunggu post terbaru aku dalam blog ni(mr buluh perindu)..huhu..penantian korg memang aku hargai sangat2..n buat masa ni aku nak focus for my exam..maklumlah study ini tak lengkap kalau taka da exam..kan2..:)..

insyAllah keasyikan berblog ini akan bersambung selepas tamatnya exam!!...hehe..n lagi satu lau korang banyak idea nanti kongsi2 la dengan aku..aku ni sebenarnya bukan rajin sangat nak menulis ni but aku suka nyanyi(bajet sedap)..papepon aku harap korg doakan aku nak kawan2 aku kat sini moga dapat jawab exam dengan cemerlang(imtiyaz)..so,sehingga berjumpa lagi..salam ukhuwah dari aku untuk korg semua..assalamualaikum..

Thursday, April 28, 2011

petua-petua Imam Syafei

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

p/s:moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi kebaikan untuk kita semua..(^_^)

Monday, April 25, 2011

penuhi masa 'borink'..

Borink ni memang tak akan lari dari hidup seorang yang bergelar manusia..ada banyak benda yang akan dibuat time borink ni..ada yang suka jalan-jalan,tidur,baca novel n macam-macam lagi..aku sendiri pon tak tahu apa yang aku suka buat time borink..maybe sebab banyak sangat kot sampai tak tahu nak cakap yang mana satu..haha!!..

tapi kadang-kadang tuh kalau borink aku suka nyanyi..biar tak sedap pon aku nyanyi je..pastu barulah puas sikit hati ni..huhu..hidup ni memang banyak cubaan..itulah namanya kehidupan..kalau tak ada cubaan bukan bukan namanya kehidupan..

so pandai-pandailah kita isi masa borink kita tu dengan perkara-perkara yang akan menghilangkan rase borink tu ye..tak dapat banyak atleast sikit pon jadila..yang penting jangan borink lama-lama sangat..cepat-cepat kejar balik mood tu jangan biar melayang jauh sangat!!huh..

ingatlah mereka yang tersayang n jangan buat benda yang bukan-bukan..senyumlah selalu insyAllah akan tenang..:)..kat sini aku selitkan video yang aku sempat rakam time aku ‘borink’ tu..haha..sekian..

kami anak malaysia!!


Assalamualaikum!!haa..kali ini aku rasa cam nak menulis plak..tajuk kali ini pasal main futsal..baru2 ini time aku n semua student mesir balik Malaysia sebab revolusi tuh sempat jugakla aku ngan mem2 aku beli jersi Malaysia..maklumlah Malaysia kan da menang piala Suzuki so rasa bangga la n bersemangat nak beli jersi..lepas balik sini(mesir) ktorg susun satu sesi futsal ramai2 bertempat di abas(belakang mercato market)bertujuan nak kumpulkan balik kawan2 yang mungkin dah lama tak jumpa..

kat sini kawan2lah yang jadi penaik semangat..so bila dapat berkumpul camni memang best..disamping dapat main futsal ukhuwah pon dapat diieratkan..ok la rasanya setakat tuh je dulu..

sebagai peringatan kepada diri saya n semua,cubalah jadi seorang kawan@sahabat yang terbaik dah mudah-mudahan kita sama2 dapat menuju kejayaan didunia n akhirat!!..sekian..(^_^)


Tuesday, April 19, 2011

rumah baru

Huh!!terasa lame plak tak update blog ni..maklumla bz sangat sampai tak sempat..so ada mase ni aku cepat2 tulis..kali ni just aku nak cerita about ‘rumah baru kami’..selepas balik semula ke mesir macam2 masalah berlaku lagi2 pasal rumah..jiran yang kat bawah tuh asyik tak puas hati je..ada2 je ‘si gemok’ tu nak cari pasal..

so lepas penat nak layan kami pon ambil keputusan keluar..memandangkan kami ni kan orang luar so memang ade je nak cari pasal..macam la arab ni bagus sangat..haha..apa2 pon semua urusan da selesai..sebelum keluar tu sempat juga aku gaduh ngan si gemok tu..puas la juga hati..so sekarang kami dah stay kat umah baru..Alhamdulillah..harap2 rumah yang baru ni dapat beri ketenangan yang terbaik..:)..

banyak juga yang kami ubah rumah ni sebelum duduk..first sekali kena cat,basuh rumah,n macam2 lagi..maklumla rumah baru mestila nak yang selesa..barulah semangat nak study..nasib baik la settle awal lau tak nanti kelam kabut nak dekat exam..so itu je la dulu..doakan la kami kat rumah baru ni dapat hidup aman dan tiada masalah..

duduk kat negara orang ni memang kena kuat sikit..insyAllah semuanya akan berjalan ngan baik..terima kasih tuk semua yang terlibat dalam proses pindah2 ni..thanks..moga Allah membalas jasa2 kalian semua..^_^

Tuesday, February 15, 2011

bersama Dato' MB n Exco2 Kerajaan Negeri Selangor

salam satu malaysia!!pergh..bukan ape cuma terkesan lak ngan banner2 n poster2 yg terpang2 hampir kat setiap busstop kat KL ni masa time aku balik tadi..huh..sempat jugak aku pusing BB n KL..bersemangat sungguh..:).ok2 sebenarnya malam tadi baru selesai perjumpaan dengan YB Dato' MB SELANGOR ngan exco kerajaan negeri bersama student2 mesir serta ibubapa..majlis berlangsung bermula 6 ptg(15 feb) sehingga lebih kurang jam 10.30 malam..bertempat di Dewan Jubli Perak,bangunan SUK SELANGOR..memang ramai tetamu2 yg hadir..sendat jgak kawasan perkarangan parking kat situ..huhu..kerjasama yang diberikan amat dipuji oleh barisan exco2 kerajaan negeri..bayangkan anggaran yg akan hadir cuma 6 hingga 8 ratus tapi yg hadir mlm tadi dekat seribu lebih jugak..tahniah dan syabas diucapkan pada pihak penganjur yang hebat2..disamping itu,banyak input2 yg dapat diperolehi terutamanya perihal pelajar2 yg study di mesir..student semua tengah bingung sampai bila akan bercuti di malaysia n bila akan dihantar pulang semula ke mesir..ada ura2 yg cakap University kat mesir akan buka dalam seminggu lagi..tp adakah status 'aman' tuh da terpacak di mesir??rata2 ibubapa bimbang akan keselamatan anak2 mereka yg study kat sana..tapi semuanya terkawal n tenang bilamana diberi kata2 semangat oleh barisan exco kerajaan negeri bahawa kerajaan negeri juga mengambil penting isu keselamatan ini..so exco cakap kebimbangan kita sama2 dirasai n menjadi tanggungjawab exco dalam menjaga student2 terutamanya anak2 selangor..dalam majlis tu jugak banyak isu2 semasa yg disampaikan..termasuklah statistik terbaru menunjukkan kadar jenayah di selangor adalah yang terendah berbanding negeri2 lain..wah..Alhamdulillah..moga2 segala yg diusahakan mendapat redha dariNya n harapan agar menjadi lebih baik supaya dapat jadi negeri contoh di malaysia ini..time majlis tuh jugak persoalan pasal cuti sampai bila tu masih tak dapat dipastikan n kerajaan masih lg berbincang dengan pihak kerajaan sementara mesir..jadi sama2 kita tunggu ye bg student2 mesir..insyAllah kita akan teruskan pencarian ilmu dibumi mesir..so jgan sia2 kan cuti yang ada ni..emm..setakat tu untuk kali ini..majukanlah diri demi kepentingan kita bersama..wassalam..(>_<)

Monday, February 14, 2011

mesir(cairo)..jeddah..KLIA(malaysia)

assalamualaikum semua..hah!!..lama betol rasanya tak update blog..maklumlah semenjak krisis kat mesir tuh memang haru biru jew..darurat la apa la last2 kena balik mesia..bayangkan siang cari makanan n malam kena berkurung kat umah..haha..tension2..tunggu punya tunggu,Alhamdulillah sampai jgak aku kat tanah air tercinta..tepat jam 4.45 pg 13/feb(ahad) aku sampai kat KLIA naik flight MAS dari jeddah..sebelum tuh aku naik pesawat tentera CHARLIE dari cairo ke jeddah..memang macam2 pengalaman aku dapat..rasa cam jd tentera pun ada..haha..lgpun bukannya selalu dapat rasa n tak semua berpeluang..memang agak tak selesa nak dibandingkan dgn MAS tp okla..sampai jgak walaupun lambat..nak dijadikan cerita kat dalam charlie tu ktorang sume kene dok rapat..bayangkan sampai boleh sumbat 200 org dalam satu trip..huish..hebat2 semua..memang excellent..tak sangka betol dapat naik charlie..haha..tapi kat dalam tuh memang sendat la dengan bunyi yg bising..pergh..memang x leh nak tito..dekat 3 jam lebih jgak la kat dalam tuh..hemm..lau nak cerita semua memang banyak sgt..so lepas sampai jeddah aku n kwan2 kena berkampung kat kompleks tabung haji..dekat seminggu gak duk situ sampaila turn aku tuk balik mesia..haha..memang mengeluh jgak sb lama sgt duk situ..tp penempatan semua ok n makanan pon cukup..time duk situ memang da rasa cam kat mesia..ramai gila..dalam 10 ribu jgak la student yg berkampung kat situ..pastu sikit2 dihantar pulang..separuh naik MAS n separuh naik SAUDI AIRLINES..memang best n penuh ngan pengalaman2 baru..lau nak tau cerita2 lain jom chat ngan aku..haha..insyAllah aku akan kembali aktif di arena blogger..haha..papepon time kasih banyak2 pada semua yg terlibat..so setakat tuh la dulu..moga cuti ktorang kat mesia ni tak lama..harap2 mesir cepat2 aman..leh sambung belajar balik..^_^..ok la sehingga bertemu lagi..sekian..(>_<)..

Tuesday, January 25, 2011

cinta dan bahagia


Setiap insan inginkan kebahagiaan..ingin dicintai..ingin disayangi..tapi semua itu memerlukan masa dan waktu untuk direalisasikan..selalu kita dengar masalah2 dalam hubungan sesama manusia ini n yang lebih sedih bila hubungan dengan Allah tidak dijaga..segalanya terletak pada diri manusia itu sendiri untuk letakkan CINTA atau KEBAHAGIAAN itu ditempat yg mana..CINTA kalau nak dibahaskan memang cukup panjang lebar..bermula dari cinta kepada Allah,kepada rasulNya n sesama manusia,semua itu perlu bagi insan yang bergelar manusia..mana mungkin kita nak hidup tanpa perasaan ini..hemm..apa2 pon cinta sesama manusia ini memang tak salah,malah digalakkan dalam islam sendiri..Cuma cara bagaimana yang kita gunakan untuk mendapat cinta manusia itu yang selalu menjadi masalah..cinta bila disalut dengan hawa nafsu semata-mata,maka memang akan tersasar jauh dari landasan sebenar..bila disalut dengan niat keranaNya,insyAllah semuanya akan menjadi baik..lumrah manusia ini memang suka pada pujian n benci pada hinaan..tapi antara pujian manusia n pujian Allah mana lagi membuat kita bahagia??sendiri jawab..kita hidup ini perlukan matlamat n tanpa matlamat memang tak kemana pon kita nak pergi..cinta bila hanya kerana dunia sahaja maka sia2 lah..dunia ini bersifat sementara n kita sendiri diberi nikmat hidup didunia ini untuk sementara..setakat bahagia didunia tapi kat sana nanti sengsara tak ke sia2 namanya..aku percaya mustahil bagi kita ini nak confirm yang kita tak buat dosa walaupun dalam sehari tp atleast kita kena cuba sedaya upaya untuk kurangkannya..biarlah dihina manusia tp jgn sampai dihina Allah..tak akan berubah seseorang itu kalau dirinya sendiri yang tak mahu berubah..ingat!segalanya ditangan anda..cam iklan la plak..anyway pesanan ini juga untuk diri aku sendiri..kita ini mudah lupa n sebab tu lah kena owez beringat..act aku tulis ni sebab pasal cinta sesama manusia..kita ni kadang2 hanya pikir pasal keseronokan n sampai tak kesah kalau benda tuh tak baik..mustahil bagi Allah jadikan sesuatu atas muka bumi ini tanpa ada hikmah..sekecil semut tuh pon ada pengajaran yang boleh dapat..cinta sesama manusia ini jangan hanya mampu cakap dengan mulut sahaja kerana Allah tapi caranya langsung tak sama dengan apa yang mulut cakap..so jalan yg mudah dengan ikatan perkahwinan..:)perkahwinan adalah jalan yang terbaik bila mana dah mampu memenuhi syarat2..aku sendiri pon lau ikutkan hati memang nak Cuma masanya belum lagi..cinta oh cinta..memang memeningkan..huhu..apa yang penting cinta pada Allah itulah yang akan kekal abadi..bila cinta Allah kita dapat so cinta manusia insyAllah comfirm dapatla..so gunakanlah peluang yang masih ada ni untuk sama2 kita mengejar cinta yang mulia disisiNya..lagi best bila dua2 kita dapat..bahagia dunia n akhirat..jadi renung2kan ye semua..aku sendiri selalu lupa n harap korg semua pon tegurlah aku ye..sama2 menegur demi menjamin masa depan yang terbaik punya!!..okla..dats all tuk entry kali ini..wassalam..(^_^)

p/s:cinta bila dikejar ia akan lari..semakin dikejar semakin jauh ia pergi bersembunyi..cinta kalau dah berpaut jangan tunggu lama2 lagi..gudluck..(>_<)



Sunday, January 23, 2011

time tuh enjoy


takkan pokok bergoyang kalau tak ada orang yg goyang..hemm..Assalamualaikum semua..lama la plak tak update blog ni..rindu plak..huhu..akhirnya masa yg aku tggu2 da tiba iaitu cuti..hurayy!!..setelah penat memerah otak selama 2 minggu akhirnya tamat suda exam..papepon segalanya tak berakhir lg..result yg dinantikan mesti lg mdebarkan..haha..yg pasti semua dah buat yg terbaik..insyAllah balasannya juga baik..(^_^)

cuti oh cuti..kadang2 aku bingung jugak pe nak buat time cuti ni..lau kat mesia bleh la la jgak nak balik kg jumpa family..tp kat cnie tak boleh la nak buat camtu..lau tak abesla bankrup aku..haha..tapi nak wat camne semua tuh pon tuk g menuntut ilmu..so im happy..:)..act dah 3 hari aku dah abes exam..mase ari tuh lepas kuar je dewan exam,aku ngn mem2 aku terus kuar enjoy jap kat carrefour..selama setahun lebih kat cnie memang aku tak penah langsung pegi sane..memang terasa gila enjoy tuh..maklumla da abes exam..g pusing2 tgok barang2 baru pon jadila..lgpun tak boleh nak beli lagi sb duit tak masuk2 lagi..penantian memang satu penyeksaan..tensen betol menunggu ni..tapi nak wat camne memang pgurusan dorg tgah masalah kot..sabar tuh kan separuh dari iman so aku ngan mem2 aku tunggu jewla bila duit nak masuk..pastuh memang shopping r..haha..lame da aku tak shopping ni..dahla aku jarang plak..pastu musim sejuk plak kat sini..memang best gila mulut berasap bila bercakap..huhu..ni pic aku sebelum gerak pegi carrefour..~_~




smbg balik cte kat carrefour tuh..lepas ktorg pusing2 tuh biase la bila masuk waktu solat so ktorg solat..lgpun solat tuh kan tiang agama..tak elok dilambat2kan n lau ditinggalkan lagi la dosa besar..tak nak aku kena seksa nt kat akhirat..:)..n then lepas tuh ofkozla ktorg cari tempat nak penuhi perut ni yg dah lama keroncong dari siang..so ktorg menjamu selera dengan penuh penghayatan..haha..masing2 tak nak tinggal sisa..maklumla mahal kot makanan kat situ..haha..lawak gila..tapi sekali-sekala okla jugak...lau tiap hari memang aku surrender la..huhu..selama makan tuh macam2 ktorg perhati kat sekeliling..memang berbeza ngan mesia..kat ctuh yg pergi semua loaded2 jew n kaya..perbezaan tuh nmpak gila..tak macam kat mesia..semua ok je..taraf tak berbeza sgt..memang susah time tuh aku nak jumpa orang2 yg biasa2..tapi memang best pegi sana..sebab aku meeeemangg dah lama tak kuar jalan2 nie..n just sekarang aku tengah bingung lagi pikir apa nak buat sepanjang cuti ni..lau blogger semua ada apa2 idea bolehla advice kat aku..yg pasti bulan 2 nt insyAllah aku nak g panjang gunung sinai..dengar2 salji tengah tebal kat sana..harap2 sempat la jumpa salji..dah lama tak main..last pon masa darjah 2 je..memang xcited kot..haha...jadi setakat tuh dulu la..nt lau betol aku dapat main salji kat sinai aku wat entry..bleh la nt kongsi2 pgalaman ngan korg semua..okla..t8 care semua..wsalam..

Tuesday, January 18, 2011

jangan nangis2 ye!!

Assalamualaikum..

terasa gatal tangan ni nak menaip sebelum jasad ni nak berlabuh tirai(tito)..jgn terpengaruh ngan tajuk kat atas tuh plak ye..haha..saje je nak wat gempak sikit..(^_^)..tahu tak korg semua macam2 benda yang sering kita dengar dalam setiap hari..ada yang enak n ada yg kurang enak..ada yg baru n ada yg pernah kita dengar tapi semua tuh berguna..asbabnya setiap perkara yg terjadi confirmla ada kebaikannya..lumrah kehidupan seorang insan bilamana dengar benda baru akan buatkan diri kita xcited nak tahu..itu jgk la gunanya belajar..dengan belaja insyAllah kita dapat tahu apa yg belum tahu..n sebab belajar jgak la kita akan ingat balik apa yg dah lupa..sebab tu lah peringatan bermanfaat pada orang2 islam..kita hidup kat dunia ni hanya pinjaman..n setiap setiap yg hidup pasti akan mati..cuma adakah diri kita ni dah bersedia untuk hadapi kematian??tepuk dada sendiri tanya..insyAllah jawapan pasti akan ditemui..hemm

sebenarnya aku nak bgtau exam aku dah nak habis..tggal lagi satu je paper..harap2lah paper sebelum ni berjaya untuk mndapatkan natijah yg terbaik..putaran seorang yg bergelar student ni sebelum berjaya mestilah berusaha n selepas tu jgn lupa tuk tawakal n memohon pada Allah..jangan diharap over sgt kalau usaha tak seberapa..tapi insyAllah moga2 usaha aku n teman2 aku kat sini mendapat balasan yg setimpal..hemm..so last paper aku khamis ni 20 januari bersamaan 16 safar 1432H..penuh harapan bg aku exam tahun ni supaya dapat natijah yg terbaik dari tahun sebelumnya..tak sabar aku nak membalas segala jasa2 parents aku selama mendidik n membesarkan aku..hanya Dia yg dapat membalasnya..n kita sebagai anak kena lah bg kebahagiaan tuk mereka dengan kejayaan sekurang-kurangnya dapatlah juga buat mereka happy sokmo..(^_^)

so setakat tuh dulu dis time..berbakti,hargai n hormatilah mereka selagi mereka masih berada dalam nikmat hidup yg tak ternilai ni..usahakanlah segala yg termampu bagi diri kita tuk buat mereka tersenyum n bahagia sepanjang kehidupan mereka..biarlah ..ingatlah!!senyuman itu membawa kebahgiaan yg sangat bermakna tuk mereka n diri kita sendiri..ok lah..doakan aku n teman2 tuk last paper ni..insyAllah semuanya baik2 belaka..wassalam(>_<)

jap2:sekarang kat sini tengah winter!!sejuk gila duh..memang dugaan exam time winter ni..cam kat dalam peti ais..huhu..jgn jd beku dah la ye..huhu

Friday, January 14, 2011

hidup mesti diteruskan

Assalamualaikum dan sorry....

hari ni aku cuba paksa jugak nak post entry baru walaupun sebenarnya tak ada idea..bukannya apa cuma maklumlah skrg ni musim aku n kawan2 aku kat sini exam..jadi agak malas n tak ada masa nak menaip2 ni..huh!tapi exam aku kali ni memang mencabar bagi aku sebab dah 3 hari aku pening pale n sampai skunk tak elok..tak tau la apa sebabnya..sampai nak kuar rumah pon tak ada mood..just kuar exam pastu balik rumah terus..papepon jawapan tetap kena tulis dalam exam nt kan..yang penting usaha n buat yang terbaik..selebihnya kita serahkan pada yang MAHA berkuasa..percayalah mesti ada hikmah semua ni..dan kena ingat jugak bila kita sakit ni tuh tandanya Allah sayang kita n tak nak kita leka dgn benda yg bukan2..(^_^)..+tive thinking..hee

okla..tadi aku baru abes rivision sal harta anak2 yatim..tahukah anda bila umur yg sesuai tuk kita serahkan harta2 mereka?tahukah apa hukum makan harta2 mereka?n sampai umur bape kita masih dikira anak yatim?haha..semua itu memang penting tuk kita tahu..lagi2 yang berkenaan dgn harta ni..ada banyak benda yg dibancangkan dalam tajuk ni n sumuanya adlah yg berkaitan dgn anak2 yatim..diringkaskan cerita kita ni tak boleh memakan harta anak yatim ataupun menggunakannya pada jalan yg salah..contohnya guna duit mereka tuk beli keperluan hidup..ish3..confirm2la salah dan zalim..tapi masih ada pengecualian tuk boleh gunakan harta mereka jika sekiranya penjaganya faqir miskin dan tak mampu..itu dibolehkan tapi dengan syarat2 n kadar yg tertentu..dan tak boleh kita campurkan harta mereka dgn harta kita..memang kadang2 kita nampak remeh tapi benda ni sgt penting sebab ia berkenaan dgn harta yg dari situ kita makan,minum n akhirnya jadi darah daging kita..kita juga dilarang memakan harta anak yatim ni sebab ia salah satu dari dosa2 besar yg sangat dibenci oleh Allah..
ini semua dibincangkan dalam ayat Quran,surah An-Nisa' yg bermaksud:


"Dan berikanlah kepada anak2 yatim(baligh) harta mereka,dan janganlah kamu menukar yang baik dengan yang buruk,dan janganlah kamu memakan harta mereka bersama harta kamu,sungguh!tindakan menukar dan memakan itu adalah dari dosa besar" an-nisa(2)


so,sama2lah kita jauhi benda yang dilarang n melakukan perkara yang disuruh..insyAllah hidup pasti tenang..sesungguhnya anak2 yatim adalah mulia dan janganlah menzalimi mereka..oklah,jauhi segala tekanan n tingkatkan amalan kebaikan insyAllah hidup pasti aman..heehe..doakan kami ye teman2..(^_^)

Sunday, January 9, 2011

sedikit kecewa tapi cool lagi..haha!!

hye bloggers!!assalamualaikum..

Dalam sibuk study nak exam ni terasa nak post jugak..haha..mengadap sepanjang mase pon pening jugak..so dengan penuh lapang tangan menaip aku nak merepek gak malam ni..haha..hemm!!kat sini nak respon sikit pasal AJL25 yg baru je berakhir kul 6 ptg(waktu sini)..walaupun jauh di perantauan tapi aku tetap tak miss tengok tau!!huhu..nak exam pon sempat lg tgok kat tenet..bila la agaknya aku leh beraksi kat pentas besar camtuh..haha(angan2 yg tak mungkin berlaku)..haish..mengarut plak aku kat sini..




aku ni dulu masa kecik2 adela jugak berangan nak jd artis tapi tu sume angan2 lapuk la..papepon kebanyakan finalis2 AJL25 telah buat show yg terbaik..lagi2 bro FAIZAL TAHIR..aku suka lau die masuk sebab idea dia memang kreatif..tiap kali show ade je yg wat penonton tergamam..haha..atleast dia dapat persembahan terbaik tu kira OK la..ingatkan dia yang juara..haish!!tapi tak apa..next year leh cuba lagi..aku akan tetap vote kau la faizal..jangan buka baju time show sudahlah..hahaha..

but!..but!..but!..aku agak terkejut dengan si dia yg menggondol gelaran juara tuh..bukannya nak condem tapi just nak luahkan opinion aku je..for me,ramai lg kot yg layak diberi gelaran tuh..mayb aku tak kenal ana raffali sebab aku tak ade kat sana(mesia)..tapi entahla..ramai jugak kot yg tak kenal dia..adus!!agak kecewa la aku ngan AJL25 ni..papepon sume da berakhir n keputusan dah muktamad..mungkin ada something yg buat juri2 pilih dia..emm..ok la..setakat tuh dulu..need to focus for my exam lak..haha..

pada kawan2 aku,nantikanlah kemunculan aku nanti kat pentas antarabangsa..hahha..dalam mimpi je la..ops!terlebih suda...hope AJL yg akan datang lg best!!..wassalam..(^_^)


p/s:doakan kejayaan aku n kawan2 aku kat sini yg tengah exam..

Saturday, January 8, 2011

blur...


sedarlah wahai myself n kawan-kawan!!..exam lusa jew pon..asal la cepat sangat masa ni berjalan..hatui..:(..gerakkan segala kudrat yang ada..usaha selagi termampu..believe ur self..bittaufiq wannajah..amiin..(^_^)

Wednesday, January 5, 2011

dinner time!!




salam semua..terasa nak kongsi ngan korang semua pasal DINNER aku n kawan2 aku td..haha..
biasalah bila bz sangat mengadap buku ni kadang2 kena take time enjoy jap..so aku punya cara release adalah dengan makan..huhu..memang best td dapat makan ramai2..n lagi best bila dipayung!!haha..tempat yg dituju tak lain dan tak bukan 'pizza master'..selamat menghayati la ye kenangan2 kami mase dinner..hahaha..


menanti hidangan..huhu


budak gila gambar..haha


saat-saat melahap..haha



jadi itu sahaja yang dapat dikongsikan..peringatan kepada semua!! jangan lupa makan ye sebab makan ni untuk hidup tapi bukan hidup untuk makan..study2 jugak tapi makan jangan lupa ye..selamat menjamu selera n selamat exam kepada mereka2 yang berkenaan..sekian..wassalam

Monday, January 3, 2011

4 Perkara yang paling berharga pada diri manusia

hai kawan2 blogger!!hari ni nak kongsi sikit pasal perkara yg berharga dalam diri kita..(^_^)

Rasulullah SAW telah bersabda :

"Ada empat perkara paling berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab"


Empat perkara yang paling berharga tersebut adalah :
  1. Akal.
  2. Agama.
  3. Malu.
  4. Amal Soleh.
Maka: akal akan hilang disebabkan marah,

Agama akan hilang disebabkan dengki,

Malu akan hilang disebabkan tamak,

Dan Amal Soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

moga kita semua tak tergolong orang2 yg rugi..jauhi segala larangan dan lakukan segala suruhan demi kebahagiaan yg berkekalan.. wassalam

p/s:Same2 kita menjaga pemberian yg berharga tu yew..(",)


Sunday, January 2, 2011

kami dah kena!!!!


“What!!..biar betol!!..agak2la wei nak exam ni!!..akhirnya kita terkena!!..pe ko merepek ni!!”


Itulah antara statement2 yang keluar dari mulut2 housemate(HM) aku..haha..ape yang aku nak kongsi kali ni memang agak menarik bg aku n mungkin agak kesian bg korang..papepon aku nak cerita dulu..pas tuh pandai2la korg judge sendiri yew..:)..huhu..ini antara cerita2 sempena masuk tahun 2011..pergh!..memang sejarah dah terukir bg aku n HM aku..pic kat atas tuh tak cukup 2 org..selamat membaca..jeng3..

Macam ni ceritanya..lebih kurang 3 bulan lebih kami berpindah ke rumah baru disini(Egypt) yang sewanya boleh tahan jugakla mahalnya..apa yang agak terkejut bg kami bila cerita2 yang senior2 cerita kat kami sebelum ni akhirnya bakal kami hadapi..FUH!!memang best gila(gelak dalam kecewa)..bertarikh 1-11-2011,lebih kurang jam 9.30 mlm kami mendengar berita yang sangat best dari tuan rumah kami..kami terus terkelu but still cool..:)..haha..statement dia berbunyi cmni..”entum semua dijemput keluar ke tempat baru tuk bulan hadapan(bulan 2) atas sebab2 yg tertentu”ini bila dah ditranslate dari bahasa arab..haha..memang best gila dengar ayat tuh!!..masing2 buat muka tak paham n tertanya2 ape reason tuk semua ni..so antara sebabnya seperti berikut:

  • · Masalah mesin basuh yang bising*
  • · Bunyi suara2 tengah malam
  • · Bunyi hentakan2 maut(dinasour kot)

Emm..memang suka gila kami time tuh..almaklumla tuan rumah cakap dengan penuh berhemah..haha..akhirnya sejarah2 senior kembali berulang dan mangsanya kali ni adalah kami..kena ‘barrah’ ataupun dalam bahasa baiknya dijemput keluar..bila ditengok pada sebab2 diatas tuh make us tergelak n rase nak guling2 jew..semua sebab2 tuh kami memang tak akui kecuali yg bertanda *..lagipun kami ni semuanya bujang n kadang2 tuh time malam la waktu yg sesuai tuk kami basuh baju..tapi apa yang kami buat tuh buatkan jiran kat bawah mengamuk dan mengadu kepada tuan rumah..memang agak tak puas hati jugakla ngan jiran bawah ni..asik nak cari salah kami je..emm..seb bek la kami ni student n tak nak cari pasal..mentang2la kami ni foreigner kad sini so boleh nak buli2 kami..hatui..perit betol la ngan dorang ni..papepon keputusan telah pon dibuat..dah la bulan 1 ni semua akan hadapi exam..memang ujian betol..nasib baikla bulan ni last..lau bulan ni jugak kena keluar memang tak tahu lah camne..:(..ape nak buat,kami semua ni hanya menumpang kat sini n tuan rumah kat sini memang jenis yg ikut telunjuk jiran je..nak cakap pon tak boleh ubah pape dah..just boleh mengata n marah2 antara kami jewla..hemm..maka terciptalah sejarah dalam buku tahun 2011 aku n HM aku..memang top story la aku ase tuk new year ni..tengs tuan rumah yew..sayang sangat!!dan kepada jiran yang agak kurang ajar tuh harapan dari kami moga anda2 mendapat balasan yg sesuai dari Allah..anyway kami semua berlapang dada n harap semuanya berjalan lancar..walaupun hakikatnya memang tak puas hati ngan jiran yang poyo betol tuh..hemm..sabar3(pegang dada sambil pandang langit n senyum)..moga ujian ni tak mematahkan semangat aku n HM aku tuk menjalani exam yang bakal tiba ni..bittaufiq wannajah insyAllah..

Sekian dari isey..(^_^)

p/s:semoga semua terhibur dan doakan kami baik2 ye..

Saturday, January 1, 2011

tahun baru suda!!

Assalamualaikum semua!!!jawab jgn tak jawab..

Bermulalah hari pertama aku disini dalam tahun 2011..tengah leka2 rupanya dah masuk taun baru..patotla aku tengok blogger2 semua sibuk post pasal azam baru..haha..rupanya tahun baru suda..hemm..bagusla bg mereka2 yang berazam tu..harap2 semuanya tercapai..rindu pulak tiba2 suasana di Malaysia masa tahun baru ni..ape la agaknya yang aku da miss kali ni..papepon tengs to my friends yang wish ‘happy new year’ kat aku..really appreciate it..(^_^)

Masing2 ada azam tersendiri yang nak dicapai pada tahun baru ni..almaklumla tahun baru ni kan selalunya nak benda2 yang baru je..apa yang paling penting bagi aku harap2 iman kita pon baru..n amalan2 kebaikan kita pon makin bertambah..perlu kita ingat bila tahun pon makin bertambah so umur kita pon makin bertambah n panggilan dari Allah pon makin dekat..so perlulah kita persiapkan perancangan kita sepanjang hidup yang berbaki ni..dengan harapan segalanya menjadi asbab dan bonus tuk kita menggapai kebahagiaan kat sana nanti..biarlah segala kenangan pahit pada tahun lepas menjadi renungan dan muhasabah tuk diri kita agar tahun ni akan dipenuhi dengan kenangan manis dan penuh kebahagiaan..tahniah tuk mereka2 yang menutup tirai 2010 dengan penuh kebahagiaan..kita hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT..

Lastly,marilah sama2 kita berdoa agar segala yang kita impikan tahun ni tercapai dan setiap perbuatan kita mendapat redha dan petunjuk dariNya..tingkatkan nilai amalan,jauhi segala kemalasan,mendapat redha dari TUHAN..insyAllah..oklah sebelum tuh selamat tahun baru tuk sahabat2 suma..

p/s:tahniah tuk adik2 aku yg sukses dalam examnya..satu kegembiraan tuk tahun baru..yeah!!:)