Thursday, December 30, 2010

dihargai dan menghargai


Dihargai..satu perkataan yang sangat bermakna bagi insan2 yg bergelar manusia..sesiapa pon yang hidup di dunia ini mesti amatlah bahagia bila dihargai..memang lumrah manusia suka kan pujian,dibanggakan,benda yg cantik dan lain2..tapi apa yg kita harapkan tuh tak semuanya menjadi nyata..sebab sbg manusia yg lemah ni kita hanya mampu menaruh harapan dan merancang..keputusan yang terbaik selayaknya ditentukan olehNya..kenapa bila berlaku dugaan kita selalu nak salahkan org lain??itu tandanya iman kita masih lemah..islam dah menyediakan banyak sgt garis panduan tuk menuju jalan yg bahagia tapi kita ni yg tak mau nak follow..bila dah diuji barulah sibuk tension..hemm..

Tabiat manusia ni memang suka akan pujian n benci pada hinaan..tapi nape kadang2 kita lebih memilih pujian dari manusia walaupun dihina disisiNya??emm..persoalan tu tanyalah pada diri masing2..dalam hidup ni kadang2 kita kena menangis n kadang2 kena gembira..itulah namanya kehidupan..tempat tuk kita membina peribadi yang membolehkan kita berhak dapat pujian dariNya..setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya dan mustahil bg Allah menjadikan sesuatu itu sia2..

Jadi untuk kita rasa dihargai kenalah kita ni menghargai@bersyukur segala nikmat yg dah dipinjamkan..barulah layak bagi kita tuk dihargai..(^_^)..bila niatnya baik insyAllah semuanya akan berjalan dengan baik..ucaplah Alhamdulillah..walaupun nampak simple tp besar maksudnya..jangan sia2kan pemberian yg kita terima sb Allah benci pada hamba2nya yg tak bersyukur..

Sekadar peringatan tuk kita bersama..happy selalu :)

Tuesday, December 28, 2010

kejar semangat!!

Emm..semangat memang important tuk wat segala macam bnde..tp kekadang semangat ni suke je nak main nyorok2..adui..penat btol aku nak cari..bila dah jumpe tuh memang bahagia je rase..but!tgah rilex kejap die lari balik..huh..cmne la yew nak bg semangat nie duk diam..hemm..agak2 pe solutionnye ye?mane la tau ade cara yg aku tak tau..setan ni pon satu,suke sgt time2 cmni nak main2 ngan aku..tak tau ke yg ‘ko’ ni akan dilaknat nt..haish!!

Papepon usaha mesti diteruskan walaupun semangat tuh suke sgt lari2 tp kita sbg insan dan hamba Allah kenalah kejar semangat tuh jgak..tuh la ujian bg mereka2 yg bgelar muslim n lg2 kita yg bergelar student..lg2 time nak dekat exam ni mmg mcam2 situation akan kite hadapi..pening,nak marah,tension,malas n macam2 lg..jadi,pada sahabat2 yg penuh dgan semangat jgnlah lupe nak bg semangat kat sahabat2 yg lain yew..besar pahala lau tolong-menolong..betol tak?confirm tak rugi punye..cayelah..(^_^)..

Ok la..setakat tuh dulu ye..teruskan bersemangat!!jgn pening2 lame sgt..takut nt sedar lambat..exam da dekat..engat family insyAllah sumenyew kher..hehe..:)

Ma’assalamah..

Saturday, December 25, 2010

bahang imtihan


Assalamualaikum


Kali ni aku nak kongsi ngan sahabat2 pasal imtihan..kurang dari 15 hari lagi nak mengahadapinya..masing2 sibuk menelaah kitab2 kuliah bg mempersiapkan diri dgn soalan2 yg mnguji minda..huhu..papepon musim imtihan ni la kita akan tgok macam2 style org study..tuh semua tak kesah la yg pntg masing2 nak buat yg terbaik..bg aku n student2 syariah tahun 2 exam bermula pada 10 jan 2011 sampai 20 jan 2011..bg student2 kat cnie,musim imtihan ni adalah satu dugaan yg sangat mencabar n perlukan persediaan yg mantap supaya segalanya tak bertamu kekecewaan..

Sabda nabi saw:’siapa yg mahukan dunia adalah dengan ilmu,siapa yg mahukan akhirat dengan ilmu,dan siapa yg mahukan kedua-duanya adalah dengan ilmu’

Dari hadis nabi diatas kita semua dapat lihat betapa muhimnya ilmu bg seseorang hamba nak mengecapi kebahagiaan didunia dan akhirat..tanpa ilmu tiadalah apa2 yg berharga bg kita..imtihan adalah satu ujian yg mane nak menguji tahap kefahaman tentang sesuatu ilmu..jangan mudah untuk kita berasa puas hati kerana ilmu ni tak akan habis kita terokai sampai mati..ilmu ini cukup luas dan sangat berharga..’ilmu adalah cahaya dan tak akan datang pada mereka2 yg buat maksiat’..so,sama2lah kita berusaha menambah ilmu selagi ruh masih bersama jasad..:)..mudah-mudahan segala usaha kita dalam mencari ilmu diberkati dan diredhai oleh Allah..jgnlah kita lupa padaNya kerana tanpa keizinanNya tak layak untuk kita beroleh apa2..tawakal itu perlu tapi biarlah dengan usaha yg setimpal..jgn hanya terus tawakal tanpa melakukan apa2 usaha kerana Allah melihat pada usaha seseorang hamba itu..:)

• 10 Jan-qodhoya muasoroh
• 13 Jan-nahu/sarf
• 17 Jan-tafsir ayat ahkam
• 20 Jan-tauhid




Jadi inilah tarikh2 yg akan mendebarkan bg aku n sahabat2 syariah tahun 2..teruskanlah dengan semangat n berusaha semampu yg boleh supaya tiada penyesalan di kemudian hari..doakan kejayaan bersama-sama..jangan biarkan diri kita lemah n berdoalah pada Allah supaya kejayaan yg diimpikan tercapai..insyAllah..


Salam imtihan buat semua sahabat-sahabat.. wassalam..(^_^)

Monday, December 20, 2010

rindu itu anugerah


Assalamualaikum!!

kali ini aku betol2 tak boleh nak tahan dah..:(..kesedihan yang melanda membuatkan aku must posting something to make diri aku feel better..i hope so..selalu kita dengar bila dekat tak hargai n bila berjauhan barulah sibuk2 nak merasai n touching2..hemm..cam taun sebelum ni pon same..lagi2 dah dekat fatrah imtihan ni memang feel tu over plak..tapi sahabat2 jangan salah faham..kerinduan yang dimaksudkan tu adalah my family..bukti2 kerinduan tu pon dah banyak dikantoikan lagi2 time study..tgah khusyuk tuh adew jew terbayang wajah2 family aku so teruslah ku gerakkan tangan ke laptop n ku cari pic2 mereka yang ade..memang feel mase tuh hanya Allah n aku jew yg tau..bila dah tengok tuh fuhh!! lega la tapi bukan selamanya..kejadian ini berulang-ulang n membuatkan aku ulang2 jgak bnda yg sama dgn tgok pic..kadang2 malu jgak lau kawan2 tau tapi aku rase sume sama je cuma nak sorok2 jew..tipulah lau cakap tak rindu..bila berjauhan ni memang feel tuh dah lain n nak jew balik sekarang n jumpe semua..nape ye bila laki menangis org ckap tak jantan..so air mata tu untuk perempuan je ke??hemm..itu semua alasan n tak ada sebab untuk laki tak boleh linangkan airmata..family first!!tuh la ayat dari abg aku yang aku ingat sampai skrg..pasal air mata ni teringat plak aku pasal 3 air mata yang mulia dan suci disisi Allah:


1.air mata ketika solat
2.air mata ketika membaca al-quran
3.air mata ketika melihat ka'abah


emm..air mata seseorang amat bernilai n bertmbah nilainya jika dilinangkan untuk mencari redhaNya..jgn bazirkan air yg mulia ni pada perkara2 yang tak bermanfaat exspecially tuk pasangan2 yg suka sgt bazirkannya..kerinduan itu satu anugerah dan janganlah dibiarkan rindu itu membuatkan kita jadi lemah..jadikanlah rindu itu sbg penambah kekuatan n semangat dalam diri supaya apa yang diimpikan tak tersekat begitu sahaja..


kepada adik bongsuku hazim,jangan nakal2 tau kat sane..jaga umi n abah..jangan tinggal solat..nanti de rezeki insyAllah abg syam balik..nt kita jalan same2 ye..:)

jadi mudah-mudahan coretan ini dapat mengubat rindu aku pada my family..biar pon seketika dengan harapan sumenye dalam keadaan kher insyAllah..

buat teman2..sama-samalah kita menghargai mereka selagi masih sempat..jadikan rindu itu penguat diri supaya segala bnda yg diusahakan tak sia2..pada my family,i'm really mish you all..doakan kejayaanku disini..salam rindu dariku..(!_!)

Friday, December 17, 2010

menanti


Salam satu amal..di malam yang sejuk ni terdetik hati nak menaip..satu dua hari ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku..tapi yang paling aku gembira bila tengok kawan2 aku gembira..baru2 ni seorang kawan aku dah mengisytiharkan dirinya telah menemui teman hidupnya..fuh!!gembira aku dengar bila dia cakap camtuh..mesti bahagia hatinya hanya dia dan Allah saje yang tahu..setelah lame penantiannya akhirnya detik2 bahagia dah hampir tiba..yang aku ni bila pon tak tau lagi..hehe..hanya mampu berdoa..papepon memang aku dapat rasai betapa happynya dia..lagipun benda2 yang baik ni tak molek tuk dilewatkan..teringat aku pada pesanan nabi pada saidina Ali yang berbunyi:

“Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya, Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya.” - HR Ahmad

Perkahwinan ini adalah satu perkara yang tak boleh ditolak bila da sampai serunya..emm..setiap manusia mesti ingin memiliki dan dimiliki tapi tak perlu la tergesa2..insyAllah bila dah tiba masanya akan bertandang jgk nanti..jangan sesekali kita bersangka buruk pada Allah bilamana keinginan kita tak tercapai..segalanya ada hikmah disebaliknya..namun sifat manusia ni yang mudah menyalahkan bila berlaku sesuatu yang tak sama ngan keinginannya..hemm..itulah manusia yang bersifat lemah dan mudah lupa..selagi mana kita buat sesuatu keranaNya maka selagi itulah balasan baik akan mendampingi kita..haish jauh pula aku lari dari tajuk..huhu..jadi kat sini sebenarnya aku nak ucapkan tahniah dan mabruq pada kawan2 aku yang telah menemui@hampir menggenggam kebahagiaan yang diimpikan selama ini..ujian memang tak akan lari dari hidup kita..sama2 lah menjalani hidup sebagai seorang hamba yang diredhaiNya..bagi yang masih tercari2 kebahagiaan itu so teruskanlah mencari..usaha itu tanda kejayaan..hehe(^_^)..akhir kata hiasilah hidup kita ini dengan keimanan yang hakiki..n selamat menjalani status married kepada mereka2 yang berkenaan..moga segalanya dipermudahkan..amen ya Rab..

Thursday, November 11, 2010

...taklifan yang manis...(^_^)

salam..baru-baru ni aku n beberapa kawan aku diberi taklifan untuk buat lagu baru dalam mase kurang 3 hari..memang pening jgak mula-mula..tapi berkat kerjasama bersama tuh Alhamdulillah berjaya ditamamkan..dan lagu tu jgak sudah pon dipersembahkan di khalayak ramai sempena program motivasi 'Misi Mumtaz Imtihan 10'..lirik lagu hasil sumbangan seorang kawan yang begitu berbakat..:)

terima kasih kepada semua yang terlibat..ini aku sediakan video trial mase mula-mula siap lagu..lagu ini diberi tajuk Bersama bersatu..





marilah bersama bersatu
kuatkan wadah perjuangan
marilah bersama bersatu
teguhkan taqwa iman

jangan berundur jangan goyah
selagi tidak berada dipuncak kejayaan
jangan berundur jangan goyah
ingatlah Allah penentu segalanya


ini antara rangkap yang aku suka..harap sahabat-sahabat semua dapat ambil cakna apa yang cube disampaikan melalui lagu ini..nway selamat mendengar dan menghayati ye..:)

umiku sayang


umiku..
saat aku pulang,kau menanti dipintu dengan linangan air mata bahgia
saat aku pergi,kau mengiringiku dengan penuh harapan yang setia

umiku..

kau mengandungkanku diantara tulang-tulangmu pada detik yang penuh penat dan lelah
kau melahirkanku dalam penuh saat yang perih
lalu kau mendakapku dengan kehangatan pelukan kasih sayang

umiku..

kau tidak tidur kecuali setelah diriku lena
kau tidak tidak tenang kecuali setelah melihatku bahagia

umiku..

jika aku tersenyum dirimu tertawa tanpa kau tahu sebabnya
jika aku sedih dirimu menangis mengharapkan diriku kembali ceria

umiku..

semoga aku mampu mencuci kedua kakimu dengan air mata kesetiaan
semoga kematian melewatimu agar aku sempat memberimu segulung kejayaan
semoga kesengsaraan yang menghampirimu tertahwil semuanya pada jasadku
agar dapat aku membalas segala kasih sayangmu yang tidak ternilai bagiku..

sayang umi..(^_^)

indahnya bersahabat..



assalamualaikum..manusia adalah makhluk yang kita tak boleh jangka akan perbuatannya..sekejap baik n sekejap buruk..kita sering diuji dengan pelbagai cabaran yang mungkin kadang-kadang membuatkan diri kita tensen,rimas,benci,malas,geram n sebagainya..iman kita pula bergantung pada amalan kita samada menaik atau menurun.."Allah menjadikan manusia dan jin ini tuk beribadah pada Allah"..ia sudah jelas menunjukkan apa sebenarnya tugas kita di muka bumi ini..haish..panjang pulak intro..cam nak nasyid plak..hehe:)
jadi..disebalik semula ini,ada satu sifat yang memang sering kita jumpa of coz la 'lupa'..aku teringat dulu ada kawan aku yang digelemakan dgn name 'king' sebabnya dia asik lupa sampai kawan-kawan panggil camtu..emm..apa yang penting kat sini ialah kita memang tak akan lari dari sifat lupa ini..sifat ni amatlah bahaya lagi-lagi kalau sampai lupa tugas utama kita untuk beribadah padaNYa di dunia ini..rasanya sudah banyak cerita atau kisah yang dah didengar berkaitan dengan benda ni..jadi terus go on..
SAHABAT..makna sahabat cukup luas lau nak dibincangkan..cuma apa yang nak dikongsikan kat sini ialah sahabat macam mana yg kita ingin jadi..bergantung pada diri masing-masing..adakah sahabat yang membawa pada kebaikan??atau sebaliknya..alangkah indahnya kalau mempunyai sahabat yang sentiasa ingatkan kita tuk beribadah pada Allah..rugi ke kalau ajak pada kebaikan??Allah sendiri sudah menjanjikan ganjaran pada setiap amalan kebaikan..contohnya solat berjemaah..jadi kenapa susah sangat sampai kita makin hari makin lalai..haa..itulah gunanya sahabat..jangan asik cakap je setiap muslim itu bersaudara tapi tak ambil berat pon..lau btol bersaudara konpem amik berat..betol tak??:)..kita pon kena tau tidak Allah jadikan benda atas dunia ini sia-sia..dan setiap yang berlaku pasti ade hikmah disebaliknya..cukup indah jika mempunyai sahabat yang tak penah jemu mengajak kita wat kebaikan..Allah3..sejuk betul hati lau dapat..so tuk dapat sahabat yg camtu kita pon kenala jadi cmtu juga..insyAllah..mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan mereka-mereka yang beruntung..beramallah dengan kebaikan demi keselesaan yang berpanjangan..oh sahabat..

Friday, May 7, 2010

MESIR PUNYA CERITA

Baru- baru kami dimesir digegarkan dengan macam-macam kejadian yang kurang menyenangkan hati setiap mahasiswa/wi Malaysia di sini.Diantaranya ialah kejadian gangguan seksual bagi kaum wanita dan juga kajadian kecurian.Tapi yang sedikit dapat menggembirakan mahasiswa/wi disini ialah apabila pencuri atau dikenali sebagai harami telah berjaya diberkas hasil daripada kekantoiannya ketika cuba mencuri di Darul Ehsan Cafe(DE).Kejayaan penangkapan telah membuatkan ramai pihak mula tersenyum kerana akhirnya tumpas juga seorang penjenayah dibawah penuntut-penuntut Malaysia.Wajah pencuri tersebut adalah seperti yang saya paparkan dibawah:

Pencuri yang sedang dipertontonkan dan setelah dibelai beramai-ramai


Jika kita semua dapat lihat betapa sedih dan malunya wajah seseorang apabila ditangkap dalam keadaan yang tidak sepatutnya.Contohnya seperti diatas yang mana telah dimalukan ketika sedang mencuri.Bayangkan betapa hancurnya hati ibu yang mengandung apabila mendapat tahu dan melihat anak ditangkap dalam keadaan yang memalukan.Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan ibu ketika itu.Jadi untuk akhirnya,saya ingin mengingatkan kepada semua Mahasiswa/wi Malaysia di Mesir khususnya agar lebih berhati-hati dan berjaga-jaga dalam setiap langkah supaya kejadian seperti ini tidak akan berulang.Sekiranya berlaku sebarang kejadian,diminta segera melaporkan kepada pihak yang berkenaan. Janganlah kita hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja apabila berlakunya kejadian yang buruk. Sama-samalah kita berdoa untuk keharmonian,keamanan dan kesejahteraan kita bersama.
Kepada sesiapa yang bergelar pencuri pula!!ingatlah pepatah melayu ada menyebut “sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh jua ke tanah”so...jauhi segala kemungkaran dan tingkatkan amalan kebaikan,mudah-mudahan ketenangan hati akan berjaya dicapai...wallahu’alam

Hati oh hati


Salam kepada semua...pertama sekali nak minta maaf sebab sudah sekian lama saya tidak POSTING apa2...mungkin kerana terlalu sibuk ataupun malas(haha)...kali ini saya nak bawa diri saya dan sahabat2 sekalian berkongsi sedikit cerita tentang kesan ataupun akibat daripada perbuatan salah(dosa) kita yg sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kita dalam mencari redha Allah...kita semua maklum bahawa salah satu kesan akibat perbuatan dosa adalah pada HATI seseorang...kita tidak dapat nafikan yang hati ini amatlah penting bagi seseorang bagi memastikan perjalanan dalam mencari redhaNya berjalan dengan baik...ini kerana bagi saya HATI ini adalah kekuatan bagi setiap individu,lagipun disitulah letaknya iman seseorang... so macam mana kita nak pastikan kekuatan hati kita itu cukup sedangkan telah banyak dosa2 yg dilakukan???jadi mestilah kekuatan HATi itu akan jadi lemah dan sekaligus akan menjejaskan perjalanan hidup kita untuk menuju jalan yang benar disisi Allah...
Seterusnya saya ingin kongsikan tentang beberapa perkara yang mungkin akan terjadi pada HATI seseorang yang lemah akibat perbuatan dosanya...
Rasul s.a.w pernah berdoa kepada Allah:
“ya Allah,sesungguhnya aku memohon perlindungan denganMu daripada kerunsingan,kesedihan,sifat lemah,malas,bakhil,pengecut,hutang yang berat dan paksaan orang.”
Berdasarkan doa ini,kita semestinya sudah jelas bahawa perbuatan dosa2 adalah faktor terpenting akan terjadinya perkara2 seperti yang telah disebutkan di atas...
Kita juga sememangnya sedia maklum yang mana perbuatan dosa ini juga akan mengakibatkan terjadinya perkara seperti ditimpa bala,kecelakaan,takdir yang buruk dan yang paling menyedihkan apabila hilang atau lenyapnya nikmat Allah yang merupakan satu anugerah kepada hamba2Nya...secara tidak langsung membuatkan seseorang hamba itu lebih cenderung atau suka bergelumang dengan dosa dan maksiat selamanya...
Justeru itu marilah sama2 kita menjauhi segala perkara2 yang salah kerana di akhir nanti kita juga yang akan menerima balasannya...ingat ya suma!kehinaan yang sebenar adalah mereka2 yang buat salah tapi langsung tak pernah menyesalinya...so jagalah HATI kita suma supaya nikmat Allah itu tidak akan jauh dan hilang lenyap dari diri kita begitu sahaja...sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Sekian dulu untuk kali ini....papai