Thursday, April 28, 2011

petua-petua Imam Syafei

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

p/s:moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi kebaikan untuk kita semua..(^_^)

Monday, April 25, 2011

penuhi masa 'borink'..

Borink ni memang tak akan lari dari hidup seorang yang bergelar manusia..ada banyak benda yang akan dibuat time borink ni..ada yang suka jalan-jalan,tidur,baca novel n macam-macam lagi..aku sendiri pon tak tahu apa yang aku suka buat time borink..maybe sebab banyak sangat kot sampai tak tahu nak cakap yang mana satu..haha!!..

tapi kadang-kadang tuh kalau borink aku suka nyanyi..biar tak sedap pon aku nyanyi je..pastu barulah puas sikit hati ni..huhu..hidup ni memang banyak cubaan..itulah namanya kehidupan..kalau tak ada cubaan bukan bukan namanya kehidupan..

so pandai-pandailah kita isi masa borink kita tu dengan perkara-perkara yang akan menghilangkan rase borink tu ye..tak dapat banyak atleast sikit pon jadila..yang penting jangan borink lama-lama sangat..cepat-cepat kejar balik mood tu jangan biar melayang jauh sangat!!huh..

ingatlah mereka yang tersayang n jangan buat benda yang bukan-bukan..senyumlah selalu insyAllah akan tenang..:)..kat sini aku selitkan video yang aku sempat rakam time aku ‘borink’ tu..haha..sekian..

kami anak malaysia!!


Assalamualaikum!!haa..kali ini aku rasa cam nak menulis plak..tajuk kali ini pasal main futsal..baru2 ini time aku n semua student mesir balik Malaysia sebab revolusi tuh sempat jugakla aku ngan mem2 aku beli jersi Malaysia..maklumlah Malaysia kan da menang piala Suzuki so rasa bangga la n bersemangat nak beli jersi..lepas balik sini(mesir) ktorg susun satu sesi futsal ramai2 bertempat di abas(belakang mercato market)bertujuan nak kumpulkan balik kawan2 yang mungkin dah lama tak jumpa..

kat sini kawan2lah yang jadi penaik semangat..so bila dapat berkumpul camni memang best..disamping dapat main futsal ukhuwah pon dapat diieratkan..ok la rasanya setakat tuh je dulu..

sebagai peringatan kepada diri saya n semua,cubalah jadi seorang kawan@sahabat yang terbaik dah mudah-mudahan kita sama2 dapat menuju kejayaan didunia n akhirat!!..sekian..(^_^)


Tuesday, April 19, 2011

rumah baru

Huh!!terasa lame plak tak update blog ni..maklumla bz sangat sampai tak sempat..so ada mase ni aku cepat2 tulis..kali ni just aku nak cerita about ‘rumah baru kami’..selepas balik semula ke mesir macam2 masalah berlaku lagi2 pasal rumah..jiran yang kat bawah tuh asyik tak puas hati je..ada2 je ‘si gemok’ tu nak cari pasal..

so lepas penat nak layan kami pon ambil keputusan keluar..memandangkan kami ni kan orang luar so memang ade je nak cari pasal..macam la arab ni bagus sangat..haha..apa2 pon semua urusan da selesai..sebelum keluar tu sempat juga aku gaduh ngan si gemok tu..puas la juga hati..so sekarang kami dah stay kat umah baru..Alhamdulillah..harap2 rumah yang baru ni dapat beri ketenangan yang terbaik..:)..

banyak juga yang kami ubah rumah ni sebelum duduk..first sekali kena cat,basuh rumah,n macam2 lagi..maklumla rumah baru mestila nak yang selesa..barulah semangat nak study..nasib baik la settle awal lau tak nanti kelam kabut nak dekat exam..so itu je la dulu..doakan la kami kat rumah baru ni dapat hidup aman dan tiada masalah..

duduk kat negara orang ni memang kena kuat sikit..insyAllah semuanya akan berjalan ngan baik..terima kasih tuk semua yang terlibat dalam proses pindah2 ni..thanks..moga Allah membalas jasa2 kalian semua..^_^