Friday, May 7, 2010

Hati oh hati


Salam kepada semua...pertama sekali nak minta maaf sebab sudah sekian lama saya tidak POSTING apa2...mungkin kerana terlalu sibuk ataupun malas(haha)...kali ini saya nak bawa diri saya dan sahabat2 sekalian berkongsi sedikit cerita tentang kesan ataupun akibat daripada perbuatan salah(dosa) kita yg sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kita dalam mencari redha Allah...kita semua maklum bahawa salah satu kesan akibat perbuatan dosa adalah pada HATI seseorang...kita tidak dapat nafikan yang hati ini amatlah penting bagi seseorang bagi memastikan perjalanan dalam mencari redhaNya berjalan dengan baik...ini kerana bagi saya HATI ini adalah kekuatan bagi setiap individu,lagipun disitulah letaknya iman seseorang... so macam mana kita nak pastikan kekuatan hati kita itu cukup sedangkan telah banyak dosa2 yg dilakukan???jadi mestilah kekuatan HATi itu akan jadi lemah dan sekaligus akan menjejaskan perjalanan hidup kita untuk menuju jalan yang benar disisi Allah...
Seterusnya saya ingin kongsikan tentang beberapa perkara yang mungkin akan terjadi pada HATI seseorang yang lemah akibat perbuatan dosanya...
Rasul s.a.w pernah berdoa kepada Allah:
“ya Allah,sesungguhnya aku memohon perlindungan denganMu daripada kerunsingan,kesedihan,sifat lemah,malas,bakhil,pengecut,hutang yang berat dan paksaan orang.”
Berdasarkan doa ini,kita semestinya sudah jelas bahawa perbuatan dosa2 adalah faktor terpenting akan terjadinya perkara2 seperti yang telah disebutkan di atas...
Kita juga sememangnya sedia maklum yang mana perbuatan dosa ini juga akan mengakibatkan terjadinya perkara seperti ditimpa bala,kecelakaan,takdir yang buruk dan yang paling menyedihkan apabila hilang atau lenyapnya nikmat Allah yang merupakan satu anugerah kepada hamba2Nya...secara tidak langsung membuatkan seseorang hamba itu lebih cenderung atau suka bergelumang dengan dosa dan maksiat selamanya...
Justeru itu marilah sama2 kita menjauhi segala perkara2 yang salah kerana di akhir nanti kita juga yang akan menerima balasannya...ingat ya suma!kehinaan yang sebenar adalah mereka2 yang buat salah tapi langsung tak pernah menyesalinya...so jagalah HATI kita suma supaya nikmat Allah itu tidak akan jauh dan hilang lenyap dari diri kita begitu sahaja...sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Sekian dulu untuk kali ini....papai

No comments: