Friday, May 7, 2010

MESIR PUNYA CERITA

Baru- baru kami dimesir digegarkan dengan macam-macam kejadian yang kurang menyenangkan hati setiap mahasiswa/wi Malaysia di sini.Diantaranya ialah kejadian gangguan seksual bagi kaum wanita dan juga kajadian kecurian.Tapi yang sedikit dapat menggembirakan mahasiswa/wi disini ialah apabila pencuri atau dikenali sebagai harami telah berjaya diberkas hasil daripada kekantoiannya ketika cuba mencuri di Darul Ehsan Cafe(DE).Kejayaan penangkapan telah membuatkan ramai pihak mula tersenyum kerana akhirnya tumpas juga seorang penjenayah dibawah penuntut-penuntut Malaysia.Wajah pencuri tersebut adalah seperti yang saya paparkan dibawah:

Pencuri yang sedang dipertontonkan dan setelah dibelai beramai-ramai


Jika kita semua dapat lihat betapa sedih dan malunya wajah seseorang apabila ditangkap dalam keadaan yang tidak sepatutnya.Contohnya seperti diatas yang mana telah dimalukan ketika sedang mencuri.Bayangkan betapa hancurnya hati ibu yang mengandung apabila mendapat tahu dan melihat anak ditangkap dalam keadaan yang memalukan.Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan ibu ketika itu.Jadi untuk akhirnya,saya ingin mengingatkan kepada semua Mahasiswa/wi Malaysia di Mesir khususnya agar lebih berhati-hati dan berjaga-jaga dalam setiap langkah supaya kejadian seperti ini tidak akan berulang.Sekiranya berlaku sebarang kejadian,diminta segera melaporkan kepada pihak yang berkenaan. Janganlah kita hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja apabila berlakunya kejadian yang buruk. Sama-samalah kita berdoa untuk keharmonian,keamanan dan kesejahteraan kita bersama.
Kepada sesiapa yang bergelar pencuri pula!!ingatlah pepatah melayu ada menyebut “sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh jua ke tanah”so...jauhi segala kemungkaran dan tingkatkan amalan kebaikan,mudah-mudahan ketenangan hati akan berjaya dicapai...wallahu’alam

No comments: